Skip to main content

Sukan Lain

Nasaruddin yakin Kuching mampu jayakan Kejohanan Renang Para Dunia 2019

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nasarudin.jpg
Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) yakin penganjuran Kejohanan Renang Para Dunia 2019 di Kuching akan berlangsung lancar dan meriah.

Presidennya, SM Nasaruddin SM Nasimuddin, berkata berdasarkan pengalaman menganjurkan Kejohanan Sukan Para Asean Ke-9 di Kuala Lumpur tahun lalu, beliau yakin kejayaan yang sama akan dapat diulang.

"Malah dengan kerjasama erat Kerajaan Negeri Sarawak, Kementerian Belia dan Sukan dan Kesatuan Renang Malaysia dan Persatuan Renang Amatur Sarawak, kita yakin segala hambatan yang bakal dihadapi akan dapat diatasi," katanya.

Nasaruddin berkata pihaknya akan  bekerjasama dengan Kerajaan Negeri bagi memastikan kualiti penganjuran berada pada tahap tertinggi.

"Misalnya lojistik dan kemudahan untuk perenang semasa kejohanan berlangsung akan diberikan keutamaan.

"Malah, prasarana yang ada akan dinaik taraf bagi memudahkan pergerakan peserta yang terdiri daripada golongan kurang upaya," tambahnya.

Tegasnya, Kuching amat bertuah kerana inilah julung kalinya MPM membuat bidaan untuk acara berprestij ini.

Dianggarkan 800 atlet yang ditemani 400 pegawai dari 80 negara dijangka menyertai kejohanan ini.

 

Advertisement

Must Watch Video