Skip to main content

Sukan

Nak bekerja di Astro Arena tak?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lily.jpg
Okay rencana kali ni lebih kepada nak berkongsi pengalaman bagaimana saya bermula bekerja di Astro Arena. 

Hujung tahun 2018, minggu ‘finishing school’ di tempat saya menuntut ilmu Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Industri Kreatif di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Perdana Shah Alam, saya mendapat khabar daripada seorang rakan bahawa pensyarahnya mencari individu berpotensi untuk menjadi wartawan sukan. 

Mampu ke saya mengisi kekosongan slot ini mengenangkan bidang pembelajaran saya jauh daripada apa yang diperlukan? 

Tanpa berfikir panjang, saya terus mencuba dengan hadir ke sesi temu duga pertama dan kedua (Tips: Buat kajian mengenai sukan tempatan dan antarabangsa sebab ada exam! Selain itu buat juga kajian mengenai program-program yang berlangsung di saluran Astro Arena).

 


Dan sedar tak sedar, lebih kurang tujuh tahun dah saya bersama dengan stesen televisyen ini. Bermula dengan menjadi penolong penerbit di mana saya belajar mengenai latar belakang syarikat dan bagaimana hendak mengendali sesebuah program.

Diikuti dengan tugas sebagai wartawan di mana saya banyak mengenali atlet dan orang berpengalaman dalam karier sukan, latihan penulisan, pengawalan intonasi suara. 

Dan seterusnya saya berpeluang pula menjadi hos/penyampai berita sehingga kini dan saya berpegang kepada ‘practice makes perfect’ sekarang lebih berkeyakinan dengan segala macam ilmu yang dah pun dituntut dari tarikh kemasukan saya pada 1 Ogos 2018. 

Saya banyak menerima hantaran daripada pelajar mengenai persoalan mereka untuk bekerja dalam bidang penyiaran di media sosial, saya cuma nak berkongsi jangan ada keraguan dalam meneruskan impian atau cita cita anda walaupun belajar dalam bidang yang lain. Cuba dulu, siapa tahu rezeki anda untuk menjadi pembaca berita suatu hari nanti? :)
 

Advertisement

Must Watch Video