Skuad memanah negara yakin sasaran lima pingat emas yang ditetapkan Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) mampu dicapai dalam Sukan SEA 2019 di Filipina, November depan.
Pengarah Teknikal Kejurulatihan NAAM, Lee Jae-Hyung, berpandangan atas dasar prestasi semasa atlet, sasaran itu realistik untuk dijadikan motivasi kepada anak didiknya, sekali gus dapat menyamai pencapaian edisi 2017 di Kuala Lumpur.
"Kami tidak tahu apa peluang Malaysia tapi saya yakin boleh sampai ke final dan atlet perlu buat bersungguh-sungguh untuk pastikan pingat menjadi milik Malaysia," katanya.
Jae-Hyung menjangkakan pemanah negara bakal berdepan cabaran sengit daripada atlet Indonesia, Thailand serta Filipina dalam temasya dwitahunan itu.
Pengendali kelahiran Korea Selatan itu berkata tuan rumah, Filipina, akan mengadakan kejohanan pra-Sukan SEA dijadualkan September ini.
Selepas pra-kejohanan itu, Jae-Hyung berkata dia akan menentukan lokasi latihan skuad negara seolah-olah beraksi di venue sebenar sebagai persiapan terakhir ke temasya dwitahunan tersebut.
"Kami akan membuat persediaan daripada segi keadaan angin, cari kawasan mempunyai kelajuan dan arah angin hampir sama seperti di Filipina. Venue pertandingan di Filipina di tepi pantai, keadaan anginnya tidak sama seperti di Bukit Jalil," katanya.
Untuk rekod, skuad memanah negara berjaya mara ke lapan acara final dalam Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur dan meraih lima pingat emas, tiga perak dan dua gangsa, sekali gus muncul juara keseluruhan acara sukan berkenaan.
Tiga daripada lima pingat emas skuad memanah adalah menerusi acara compound berpasukan lelaki, berpasukan wanita dan berpasukan campuran manakala dua lagi pingat emas menerusi acara recurve berpasukan lelaki dan wanita.
-- BERNAMA