Masalah venue acara memanah Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 menjadi keutamaan presiden baru Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM), Datuk Seri Johari Baharom, yang menyingkirkan penyandangnya, Mohamad Yazid Yahya, dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk itu hari ini.
Kejutan berlaku dalam AGM NAAM apabila Johari yang tidak memiliki reputasi besar dalam sukan itu berjaya menyingkirkan Yazid dengan kelebihan satu undi.
Timbalan Menteri Pertahanan itu mendapat 19 undian untuk mengetuai NAAM bagi penggal 2017 hingga 2020.
Keutamaan Johari ketika ini ialah memilih venue acara memanah Sukan SEA.
"Saya akan berbincang dengan pihak tertinggi persatuan untuk membincangkan perkara ini.
"Insya-Allah, kami akan selesaikan secepat mungkin.
"Ketika ini, saya berasakan banyak perkara yang boleh saya lakukan sebagai Menteri Pertahanan untuk membantu pihak persatuan dalam melahirkan lebih ramai pemanah yang akan mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa dan meraih kejayaan.
"Saya lihat usaha ini boleh dilakukan," katanya.
Berbanding 38 jenis sukan dalam Sukan SEA, hanya memanah yang belum menentukan venue acara mereka.
Ketika ini, wujud cadangan untuk menganjurkan acara itu di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai, Negeri Sembilan.
Sementara itu, dalam pemilihan hari ini, ahli jawatankuasa NAAM dibarisi 90 peratus muka baru.
Hanya naib presiden, Shamsuddin Ibrahim dari Kelantan berjaya mengekalkan jawatan untuk menyertai barisan kepimpinan wajah baru badan induk itu.