Skip to main content

Tenis

Murray sedia hadapi tujuh perlawanan

murray-b030717.jpg
Pemain tenis Scotland, Andy Murray, bersedia untuk menghadapi tujuh aksi dalam Kejohanan Wimbledon (SW19) dalam usahanya mempertahankan status selaku juara bertahan.

Murray menewaskan Milos Raionic dalam edisi sebelum ini untuk mengesahkan kejuaraan dan bakal turun beraksi dalam perlawanan pusingan pertama menentang pemain muda dari Russia, Alexander Bublik, hari ini.

Biarpun mengalami kecederaan pinggul sebelum ini, pemain nombor satu dunia itu yakin dia  sudah bersedia untuk memastikan gelaran juara Wimbledon kekal bersamanya.

“Saya yakin mampu beraksi sebanyak tujuh perlawanan,” ujar Murray dengan penuh yakin.

“Apa-apa perkara boleh berlaku, mungkin ketika beraksi kecederaan boleh terjadi.

“Jika ia berulang, saya tidak mempunyai masalah untuk mengambil ubat tahan sakit, namun berharap ia tidak berlaku,” tambahnya.

Murray juga menjelaskan kecederaan pinggul yang dialami sebelum ini telah lama menghantui dirinya dan dia tidak mahu masalah tersebut menjadi penghalang untuk terus melakar kejayaan.

“Saya menghadapi masalah pinggul sejak sekian lama.

“Disebabkan itu, saya memerlukan rehat yang cukup dan kini berasa bagus untuk beraksi,” kata Murray.
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video