Andy Murray sedar pergerakannya bukan di tahap sebenar dalam kemenangannya ke atas Fabio Fognini dalam Grand Slam Wimbledon, malam tadi, bagaimanapun dia tidak pasti sama ada ia mempunyai kaitan dengan masalah pinggulnya.
Fognini memberi cabaran sengit kepada penyandang juara itu yang bergelut dengan kecederaan sejak awal tahun ini apabila bangkit dalam set keempat, sekaligus mengelak daripada dikecewakan.
Memimpin set, 2-1, di Centre Court, sebaik pertarungan memasuki set keempat, Murray kemudian mendapati dia tercicir 5-2 sebelum bangkit untuk mengesahkan tempat dalam pusingan 16.
Di sebalik masalah kecederaan berkenaan, pemain Scotland itu bersikap positif terhadap kemenangan 6-2, 4-6, 6-1, 7-5 yang dilakarnya.
"Saya fikir pergerakan saya lebih lancar dalam dua perlawanan awal. Ia sama sekali perlawanan berbeza buat saya," katanya.
"Saya berdepan dengan dua pemain yang sering melakukan pukulan 'dropshot', gemar bermain di depan jaring dan kerap membuat voli -- saya tidak mempunyai rentak dalam dua pertemuan sebelum ini.
"Kemudian, saya berdepan dengan Fabio yang gemar membuat rali.
"Selain dia beraksi dengan baik, saya berasakan pergerakan saya tidak begitu bagus.
"Saya harap dapat beraksi lebih baik dalam pertarungan seterusnya.
"Saya mempunyai tempoh dua hari untuk mengatasinya, mendapatkan sedikit rehat dan membiasakan diri dengan keadaan seperti ini.
"Aksi di atas gelanggang ini semakin pantas. Saya gembira dapat beraksi dalam minggu kedua, apa sahaja boleh berlaku."
Murray akan berdepan pemain bukan pilihan, Benoit Paire, dari Perancis dalam pusingan seterusnya pada lusa.