SUKAN LAIN
Mun Yee sudah buat persediaan selepas bersara
Penerjun negara, Leong Mun Yee, berjinak-jinak dengan perniagaan kafe di Bandar Sukan Kuala Limpur, Bukit Jalil sebagai persediaan jika dia bersara selepas Sukan Olimpik Tokyo 2020.
"Sebenarnya, kafe ini baru lagi, baru bulan lepas mula beroperasi. Setakat ini, ia berjalan lancar tetapi ia lebih baik kalau ada kejohanan berlangsung di sini.
"Ini perniagaan yang saya mahu lakukan selepas bersara nanti. Sekurang-kurangnya selepas bersara, ada sesuatu yang saya boleh buat," ujarnya.
Iklan
Bagaimanapun, Mun Yee menjelaskan sekalipun sibuk menguruskan perniagaannya itu, dia kini masih mengutamakan latihan.
"Sebenarnya, fokus utama adalah latihan. Pada waktu malam, saya pergi belajar. Perniagaan ini, saya biar rakan niaga saya yang uruskan. Saya salah seorang pemegang saham di sini.
"Perniagaan saya lebih kepada kopi dan makanan ringan seperti kek. Kami akan tambah lebih banyak menu pada masa akan datang.
"Minggu lalu, saya ada belajar buat kopi dan pasta. Setakat ini, belum ada keputusan untuk buka cawangan tetapi kalau perniagaan ini bagus, saya akan fikirkannya," katanya lagi.
Must-Watch Video