Muhammad Iftikhar Firas Fariq, baru berusia 13 tahun dah mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai juara dunia dalam kejohanan FISE World 2025 bagi kategori Roller Freestyle Junior menundukkan juara bertahan empat kali berturut-turut di Perancis minggu lalu.
Ini bukan sekadar kejayaan, malah menjadi simboll kebangkitan generasi muda dalam sukan ekstrem tanah air.
Hampir tiga tahun lalu, Firas memilih untuk menemani bapanya yang juga merupakan jurulatih dan pembina skatepark tempatan. Dan sejak daripada itu, Firas mula aktif dalam sukan roller blade sambil menunjukkan potensi luar biasa pada usia muda.
Usai pembinaan skatepark, ayahnya selalu meminta Firas untuk mencuba landasan tersebut menjadikan dia antara yang terawal menyesuaikan diri dengan pelbagai jenis struktur dan cabaran teknikal.
Istimewanya, Firas mendapat tunjuk ajar sepenuhnya daripada ayah, yang menjadi jurulatih utama sepanjang perjalanan karier, lebih menyeronokkan, Firas membesar dalam suasana yang sangat menyokong minatnya itu.
Antara pencapaian terbesarnya termasuklah memenangi tempat pertama kejohanan seperti Cabaran Sukan Ekstrim Kementerian Belia dan Sukan (KBS) 2024, Inline League Asia Junior B-15, serta kejayaan podium dalam Blading Cup France dan Winterclash Amsterdam.
Tapi yang paling membanggakan tentulah penampilan di FISE World, walaupun diberi hanya satu jam untuk membiasakan diri dengan cuaca, dan keadaan semasa di lokasi kejohanan sebelum saingan sebenar berlangsung.
Antara idola yang menjadi inspirasi – Jay Yoon dan Nil Janson, tokoh terkenal dalam dunia inline skating antarabangsa. Dengan pencapaian hebat di usia muda, pastinya Firas menjadi sandaran dan harapan baharu Malaysia dalam sukan ekstrem di pentas antarabangsa.
Syabas anak muda!