Skip to main content

Bola Sepak

Presiden PSSI tendang bola tepat ke muka petugas media

Tendangan Presiden PSSI tepat ke muka petugas media

Satu insiden tidak dijangka mencuri perhatian dalam majlis pembukaan Liga 4 Provinsi Banten apabila sepakan simbolik oleh Presiden PSSI, Erick Thohir tersasar dan terkena seorang juru gambar di tepi padang.

Kejadian tersebut berlaku di Stadion Benteng Reborn ketika acara pembukaan perlawanan antara Sam’s Soccer Club dan Serpong FC Ahad lalu.

Advertisement

Sepakan yang sepatutnya menjadi simbolik pembukaan liga itu bagaimanapun tidak tepat sasaran sebelum terkena seorang petugas media yang berada di lokasi.

Insiden tersebut sempat dirakam oleh penonton di stadium dan pantas tular di media sosial, sekali gus mengundang pelbagai reaksi

Di media sosial, ada yang terkejut dengan kejadian tersebut, namun ramai juga menganggapnya sebagai insiden tidak sengaja yang mencuit hati dalam suasana pembukaan kejohanan.

Malah, terdapat juga pengguna yang melihat situasi itu sebagai 'detik spontan' yang jarang berlaku dalam acara rasmi bola sepak.

Setakat ini, tiada laporan mengenai kecederaan serius melibatkan wartawan yang terkena sepakan tersebut, dan majlis pembukaan diteruskan seperti biasa selepas insiden berkenaan.

 

Topik Berkaitan

Must Watch Video