Pelumba MTB (mountain bike) dari Selangor, Muaz Abdul Rahim, terpaksa menerima keputusan bahawa namanya tiada dalam skuad kebangsaan ke Sukan SEA di Filipina, November depan.
Biarpun pelumba berusia 30 tahun itu melakar kejutan besar untuk menjuarai kategori elit acara merentas desa dalam Kejohanan Lumba Basikal MTB Kebangsaan di Taman Cabaran Putrajaya semalam, namanya tercicir daripada senarai atlet ke Filipina.
Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Abd Wahab, berkata ia berikutan pihaknya telah mendaftarkan senarai nama atlet ke Sukan SEA sebelum kejohanan itu berlangsung.
“Kami telah hantar nama lebih awal, setelah itu barulah kami adakan Kejohanan Lumba Basikal MTB Kebangsaan. Saya berharap Muaz tidak akan patah semangat untuk terus menyerlah dan menyarung jersi kebangsaan satu hari nanti kerana dia masih muda,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, Muaz mencatatkan 1 minit dan 28.08 saat untuk mengejutkan beberapa jaguh veteran termasuk, Muhammad Fauzan Ahmad Lufti dan Muhammad Elmi Jumari – dua tonggak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dianggap jauh lebih handal daripadanya.
Pelumba Sarawak, Adrian Laurel Lauridsen, turut melakukan kejutan apabila meraih tempat kedua, dengan ketinggalan 0.44s, diikuti pelumba tuan rumah, Muhammad Aidil Taufid Affendi.
Sementara itu, pelumba Terengganu, Saniy Syahmi Mohd Safiee (1:29.877s), muncul juara elit kebangsaan acara turun bukit MTB dengan menewaskan pesaing dari Selangor, Norshahriel Haizat Ahmad Nazali, dan Zulfikri Zulkifli dari Terengganu, yang masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.
Bagi acara turun bukit elit wanita, pelumba Selangor, Siti Natasha Mohd Basri, muncul juara dengan catatan masa 1:39.007s, diekori pelumba Pahang, Nia Vanessa Suhana Zaidi, dan Athirah J Sam dari Selangor, untuk melengkapkan podium.
Anak pelumba terkenal, Nur Deena Safia Nur Effandy, yang mewakili Putrajaya muncul juara elit merentas desa wanita dengan catatan masa 1:31.53s, diekori pelumba Terengganu, Mustika Ayuni Mustofa dan Ainie Markus dari Sabah.
SebagaI rekod, Nur Effandy Rosli merupakan pemenang pingat perak Sukan Komanwel 1998 dan kini melatih skuad MTB Putrajaya.
-- BERNAMA