Faidzil Alang merupakan nama besar dalam kancah litar tempatan.
Dilahirkan di Ipoh pada 1971, dia mula berlumba sejak era awal perlumbaan di Litar antarabangsa Sepang (SIC).
Daripada juara Asian Touring Car hingga menawan Malaysia Super Series, Faidzil bukan sahaja pelumba malah bertindak selaku jurutera, tenaga pengajar dan penasihat teknikal.
Masih aktif bersama pasukan 22 Proshop dan Papaya Racing, dia terus menjadi ikon perlumbaan tanah air dan dia berkesempatan berkongsi resepi kejayaannya bersama wartawan Astro Arena, Zaki Zainal, dan jurukamera, Nizam Baharuddin, di Nadi Weekend.
"Asalnya daripada hobi dan tahun 1995 saya mula berlumba di Batu Tiga, (Shah Alam) dan beralih ke Sepang yang dibuka pada 1999.
"Saya mempunyai pengalaman selama 22 tahun bersama Proton, latar belakang (kepakaran) saya adalah memang 'suspension'.
"(Walaupun sudah berusia dan) apabila dapat tawaran untuk berlumba, saya katakan mengapa tidak?
"Kami dapat bangunkan kereta, suspension dan juga dapat gunakannya sebagai pemasaran," katanya yang mewakili Pasukan Super Power Lubricants dalam Pusingan Keempat Malaysia Touring Car Championship (MTCC) hari ini.
Lebih tiga dekad dalam arena sukan permotoranm rahsia kejayaannya terletak pada disiplin serta minat mendalam terhadap jentera empat roda.
"Saya pernah bermain sepak takraw 1990-an di peringkat Sukma (Sukan Malaysia) Selangor. Dan apabila berkecimpung dalam permotoran, saya tetapkan matlamat yang tinggi.
"Saya dan Alex Yoong pernah berlumba dalam Piala Asia, ia satu keghairahan.
"Banyak benda yang boleh bantu kepada generasi baru dan dalam program kejurulatihan, ia memudahkan saya bantu mereka atasi masalah.
"Apabila berlumba, saya berasa tenang.
"Nasihat saya kepada pelumba muda, bersungguh-sungguhlah ketika mendapat peluang," katanya lagi.
Dapatkan Sekarang

Kekal Bertenaga, Kekal Sihat!
Berocca Orange Effervescent Tablets bantu menyokong sistem imun untuk gaya hidup aktif — sama ada bersukan, bekerja, atau beriadah setiap hari.
Dapatkan Sekarang