'Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi'
Itulah perumpamaan yang paling sesuai disifatkan untuk penampilan Juaeril Adam Junaidi dalam misi meneruskan legasi kakak kembarnya dalam Kejohanan Tenpin Bolong Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2025.
Nur Alyssa dan Nur Ayunni Junaidi antara dua nama besar yang pernah menggalas cabaran negara di peringkat antarabangsa.
Kini, sandaran tugas itu berganti bahu kepada Juaeril yang merupakan anak bongsu daripada lima adik-beradik dan sekarang mewakili kontinjen Sabah di bawah kategori lelaki bawah 18 tahun (B-18).
"Saya rasa saya boleh untuk meneruskan legasi ini.
"Genetik (baka) sukan ini memang ada dalam hidup saya.
"Saya mahu mendapatkan satu pingat dalam MSSM kali ini dan sedang menjalani pemilihan mewakili Sukan Malaysia (Sukma) bersama kontinjen Sabah," katanya di Nadi Weekend.
Dan pertandingan tahunan itu menjadi pentas buat Juaeril mengorak langkah permulaan membuktikan warisan boling itu sudah lama mengalir dalam darahnya.

Di mana tumpahnya kuah kacang kalau tidak ke sate kajang?
— husnae (@husnazainudin_) May 24, 2025
Juaeril Adam Junaidi kini dalam misi meneruskan legasi kakaknya - si kembar Alyssa & Ayunni yang pernah berjuang membawa panji negara dalam sukan tenpin boling. @ASTROARENA pic.twitter.com/2ZIINKegVW