Dari Bumi Kenyalang ke Tanah Melayu, Sarawak terus 'mendonia' dalam acara tenpin boling!
Gandingan duo B-15 tahun Sarawak, Abang Afiq Haziq Abang Mohd Faizal dan Chai Yew Hong, muncul penyumbang emas pertama kontinjen itu dengan mencatatkan 2,334 jatuhan pin, sekali gus menundukkan pencabar utama dari Selangor dengan jurang 24 pin.
Laluan ke podium tertinggi itu dimulakan dengan aksi yang tidak konsisten susulan daripada rasa gugup atas faktor keriuhan suasana gegak gempita penyokong di arena.
Memasuki permainan keempat, anak jati Sarawak itu memintas dengan mencatat 356 jatuhan pin, hasil balingan konsisten daripada Abang Afiq utnuk mengekalkan dominasi itu hingga ke perlawanan keenam.
"Kami berdua saling berkomunikasi dalam mahu tukar bola jika da kesilapan dan perkara sebegitu, keyakinan pada diri sendiri dan lakukan yang terbaik hari ini." katanya.
Kontinjen Selangor terpaksa berpuas hati menamatkan aksi sebagai naib juara selepas gagal mempamer lonjakkan peningkatan mata drastik di permainan keenam untuk merampas takhta juara.
Umum diketahui dalam sukan boling, pemilihan bola dipengaruhi rapat dengan corak dan ketebalan minyak di atas lorong, yang mampu mengubah keseluruhan strategi permainan.
Antara dua corak utama yang sering digunakan dalam kejohanan adalah 'short oil', yang menjadi kepakaran Nurin Nabihah Roslan sehingga berjaya membutirkan pingat gangsa dalam acara individu B-15.
Sementara itu, atlet MSS Perlis B-12, Aqil Najmie, menjelaskan cabaran yang dihadapinya dalam saingan di lorong yang menggunakan corak 'long oil', dan memerlukan bola yang boleh mencengkam lorong dengan lebih kuat di hujung laluan.