Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail, menegaskan masih tiada pengesahan selanjutnya berhubung atlet olahraga yang akan menjalani latihan di Amerika Syarikat (AS) tahun depan.
Setakat ini, atlet olahraga seperti Khairul Hafiz Jantan, Badrul Hisham Abdul Manap dan juga atlet bagi acara 4x100 meter, berpeluang cerah untuk menjalani latihan intensif di AS, seawal tahun depan.
Perancangan dan tawaran daripada AS sememangnya ada tetapi mereka masih menunggu pengesahan selanjutnya, ada ia untuk jangka masa pendek atau panjang.
"Kami akan menghantar pegawai kami bersama ketua jurulatih untuk meninjau tempat latihan tersebut dan mendapatkan semua maklumat mengenai pakej latihan serta pakej pendidikan yang ada.
"Kami telah pun menyediakan atlet-atlet dengan melakukan kerjasama bersama Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail Bandar Penawar (SSTMI), untuk menyediakan mereka dengan kemahiran berbahasa Inggeris," katanya.
Pihak MSN akan memastikan supaya sebarang pengesahan dapat diterima selewat-lewatnya hujung tahun ini.
Jika atlet dan jurulatih ditawarkan untuk jangka masa pendek, sekurang-kurangnya ia masih berbaloi untuk mereka mempersiapkan diri menjelang temasya Sukan SEA 2017.
"Semua teruja dengan cadangan tersebut. Kami melihat kepada kemungkinan untuk melakukan jalinan bagi jangka masa panjang.
"Dalam masa yang sama ia juga sebagai persediaan Sukan SEA 2017, kami akan melakukan jalinan untuk jangka masa pendek terlebih dahulu. Selepas kami berbincang dengan jurulatih, Poad Md Kassim, dia akan mengendalikan kumpulan atlet itu."