Majlis Sukan Negara (MSN) menegaskan pengguguran pemenang pingat emas Sukan Para Asean Kuala Lumpur 2017, Syazwan Roshdi, daripada program sukan kebangsaan adalah mengikut prosedur di sebalik kisah tular membabitkan bekas atlet itu.
Kisah Syazwan tular selepas dia ditemui oleh bekas pelumba berbasikal trek negara, Rizal Tisin, di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Johor Bahru, Februari lalu, dalam keadaan daif dan sedang cuba mencari pekerjaan di Singapura.
MSN menerusi Ketua Pengarah, Datuk Ahmad Shapawi Ismail, tampil dengan penjelasan kepada kisah Syazwan, pemenang emas berbasikal lebuh raya acara C1, C2, C3 di Kuala Lumpur dua tahun lalu.
Susulan temasya dwitahunan itu, Syazwan melalui penilaian prestasi pada 2018, termasuk dalam acara trek yang tidak memberikan pulangan memberangsangkan.
Masa depan Syazwan yang berada dalam program para negara sejak 2015 dibincangkan empat jurulatih yang diketuai Johari Nayan yang kemudian mencadangkan agar dia tidak dikekalkan bagi program musim 2019.
Dakwaan lain seperti kegagalan MSN menyediakan kelengkapan ketika bertanding adalah seiring dengan penglibatan dia dalam acara trek di mana atlet tidak menggunakan basikal persendirian.
Selain itu, MSN tetap memohon maaf kepada Syazwan atas insiden membabitkan iringan pegawai keselamatan sewaktu proses pengambilan barang peribadi keluar dari asrama.
Bekas atlet para kebangsaan itu meluahkan perasannya dalam media sosial, termasuk mengenai layanan yang kurang mesra daripada MSN.