Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail, sedia mengambil alih Program Podium selepas Institut Sukan Negara (ISN) mengakui tidak memiliki pegawai yang mempunyai kepakaran dalam menguruskan program latihan, atlet dan jurulatih.
Selepas tekanan demi tekanan, akhirnya ISN mengakui MSN lebih pakar menguruskan program sukan kebangsaan.
Ia susulan kegagalan mencapai sasaran kelompok 10 negara terbaik Sukan Komanwel dan Sukan Asia 2018, sekali gus meletakkan Program Podium dalam tekanan kerana sudah menelan perbelanjaan mencecah RM67 juta.
Tanpa pengarah, Tim Newenham, yang meletak jawatan, Program Podium dilihat akan berdepan masalah untuk diuruskan pegawai ISN yang lebih pakar mengenai aspek sains sukan.
Justeru, MSN bersedia mengambil alih jika diarahkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
"Kami masih lagi mencari kaedah, jalan penyelesaian serta kelemahan yang boleh diperbaiki dalam Program Podium," kata Shapawi.
"Perkara paling penting, kami mahu memastikan atlet negara meraih pingat emas pertama dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020."
"Kami mengakui pihak MSN lebih berpengalaman dalam menguruskan atlet. Pada pandangan saya, pengurusan atlet ini harus diberikan kepada pihak yang lebih berpengalaman," kata Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Dr Mohd Khairi Zawi.
MSN berpengalaman menguruskan program berprestasi tinggi seperti Jaya '98 dan terkini, Kita Juara.