Wakil Malaysia, Selangor Red Giants (SRG.OG) E-Sports menentang gergasi dari Filipina, ONIC PH berakhir dengan keputusan 3-2.
Game pertama menyaksikan dominasi penuh dipegang oleh SRG.OG dengan mempamerkan aksi yang agresif. Pemilihan hero oleh barisan jurulatih tampak menjadi dan berjaya untuk 'counter draft' yang dibuat oleh pasukan ONIC PH.
Walaupun ONIC pada suatu ketika seperti berjaya menemui rentak, namun SRG menutup perlawanan pertama sebelum memasuki 18 minit perlawanan.
Memasuki game kedua, serba tidak menjadi buat pasukan Malaysia. Dengan melepaskan hero Lancelot, Valentina dan Granger buat pasukan Filipina itu menjadi mimpi buruk buat mereka.
Sejak awal permainan, ONIC secara berterusan melakukan asakan dan tidak memberi peluang buat SRG untuk membuat farming dan meraih turtle. Hanya memerlukan satu lord sahaja, ONIC PH menyamakan kedudukan dalam 12 minit perlawanan.
SRG kembali tunjuk taring di game ketiga selepas hanya memerlukan 10 minit dan hanya 9 'kills' sebelum berjaya memusnahkan crystal ONIC dengan bantuan daripada 'lord'.
Lain pula skripnya di game keempat selepas ONIC berjaya menundukkan sang juara untuk memaksa perlawanan ke aksi penentuan. Perbezaan 'gold' hampir 10,000 sekaligus membuntukan SRG untuk meraih sebarang comeback di aksi itu.
Namun SRG berjaya membuktikan status selaku juara MSC selepas berjaya menundukkan ONIC di aksi penentuan dan sekaligus sekali lagi berjaya mara ke final untuk misi mempertahankan mahkota juara MSC!