Selepas melewati kesukaran untuk menyertai kejohanan sejak 2015, penantian Mohd Asmawi Zolkifli berakhir apabila dinobatkan selaku Mr Putrajaya, sekali gus bakal bersaing dalam Kejohanan Bina Badan Mr Malaysia, Jun depan.
Kesukaran yang dimaksudkan Asmawi melibatkan sikap pilih bulu sesetengah penganjur kejohanan di utara sehingga memaksa anak jati Kulim, Kedah itu mencuba nasib dalam Mr Putrajaya pada kali ini.
"Ya, juri di sana banyak pilih bulu manakala di sini pula profesional.
"Ketika menyertai kejohanan di ssana, penyertaan saya dibatalkan walaupun dalam keadaan macam ini.
"Ini kerana mereka tidak mahu susuk ahli bina badan, sebaliknya mahukan fizikal seperti model iklan seluar dalam. Mereka tidak mahu fizikal yang besar," katanya.
Perubahan yang dibuat Asmawi ternyata membuahkan hasil apabila dia dipilih selaku pemenang, seterusnya bakal mewakili Putrajaya dalam Kejohanan Bina Badan Mr Malaysia.
"Saya mahu berikan yang terbaik, saya perlu hasilkan yang lebih baik lagi.
"Usaha itu bermula dari sekarang," ujarnya lagi.
Asmawi yang bertanding dalam kategori 60 hingga 70 kilogram menewaskan tiga lagi pencabar dalam kategori berbeza sebelum diangkat selaku pemenang keseluruhan selepas mengharungi pelbagai cabaran dalam tempoh tiga tahun ini.
Kategori 70 dan 80kg pula dimenangi Nasri Yahya manakala kategori 80kg ke atas milik Yap Kei Fei.