Skip to main content

E-Sukan

MPLMY S13: SRG lakar dua kemenangan berturut-turut

srg.jpg
Selangor Red Giants memperoleh dua kemenangan berturut-turut dengan menjadikan Team Haq sebagai mangsa terbaru mereka dalam saingan MPLMY Musim ke-13.

Selepas mendominasi juara bertahan Homebois Jumaat lalu, mereka turun sekali lagi beraksi Stadium Bandaraya Serdang Jaya bertemu Team Haq.

Team Haq turut memperoleh kemenangan dalam aksi pertama mereka, mengatasi Bountee 2-0 semalam.

Berdepan lawan yang turut memperoleh kemenangan dalam aksi pertama tidak menjejaskan setiap perancangan yang telah ditetapkan SRG, mereka mencorak permainan yang cukup berdisiplin sebelum melakar kemenangan 2-0.
 


Pemain Terbaik Perlawanan (MVP) menjadi milik wakil SRG, Sekysss.

Menggunakan hero berunsur assasins, Nolan, Sekysss merekodkan KDA 5-1-16, sekaligus menunjukkan dia memang antara jungler terbaik negara.
 

#IniGayaKita #M6LAYSIA #B6NGKIT #MLBBESPORT #MPL #mplmy

Advertisement

Must Watch Video