PERMOTORAN
Motul 12 Hours Of Sepang jadi ujian pertama Viper Niza Racing
Pasukan Viper Niza Racing menjadikan aksi perlumbaan Motul 12 Hours Of Sepang hujung minggu ini selaku pentas ujian pertama mereka bagi musim 2025.
Dengan mempertaruhkan jentera Mercedes-AMG GT3 dengan Douglas Khoo akan menjadi pengemudi taruhan mereka bersama dua lagi pemandu berpengalaman Dominic Ang dan Melvin Moh.
Menurut pasukan itu, jadual perlumbaan bagi musim 2025 agak padat yang menuntut komitmen yang jitu dari seluruh tenaga krew yang terlibat.
Iklan
Justeru Motul 12 Hours Of Sepang yang akan berlangsung 14 hingga 15 Mac ini adalah medan terbaik untuk mengukur sejauh mana kemampuan mereka sebelum bersaing dalam siri perlumbaan lain di peringkat yag lebih tinggi.
"Persiapan yang amat rapi amat diperlukan kerana hanya seminggu selepas itu pasukan ini akan berlepas ke Itali untuk bersaing dalam perluymbaan 12 Hours Of Mugelo pada 21 hingga 23 Mac. Perlumbaan yang hampir berturut-turut ini akan diteruskan dengan 12 Hours Of Spa Francorchamps di Belgium pada 18 hingga 20 April." Menurut Khoo pada Rabu.
Jelas Khoo lagi Viper Niza Racing pasukanya itu sememangnya lebih menumpukan kepada perlumbaan endurance berbanding perlumbaan pecut memandangkan ia sejak dari dahulu lagi Viper Niza Racing dikenali dengan rekod pencapaian dalam kategori perlumbaan itu.
Pada perlumbaan Motul 12 Hours Of Sepang tahun lalu, Viper Niza Racing berjaya menamatkan perlumbaan di tempat keenam keseluruhan dan muncul juara dalam kelas mereka.
Malah Viper Niza Racing berjaya menamatkan perlumbaan di tangga ke-10 keseluruhan pada siri perlumbaan Shanghai Hours 2024.
Antara pencapaian yang paling berjaya pernah direkodkan adalah ketika mereka menjuarai perlumbaan endurance di Spa Francorchamps 2019 dalam acara TCR SPA500 24-Hour.
Bagi siri perlumbaan di Sepang kali ini jelas Khoo, cabaran yang bakal dilalui pastinya berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya dan tentunya ia semakin mencabar.
"Perlumbaan ini tidak pernah mudah kerana kami berdepan dengan pasukan dan pelumba serantau yang sangat kompentitif, cabaran cuaca yang tidak menentu serta faktor yang tidak dijangka termasuk cuaca yang boleh berlaku pada bila-bila masa." Katanya lagi kepada media.
Must-Watch Video