MOTOGP
MotoGP: Pedrosa boleh kembali beraksi di Austin
Dani Pedrosa diberi lampu hijau untuk berlumba dalam Grand Prix Amerika Syarikat di Austin, Isnin ini, kurang dari dua minggu sejak menjalani pembedahan pergelangan tangan.
Pelumba Repsol Honda itu terjatuh dalam pusingan pembukaan Grand Prix Argentina pada 9 April lalu dan kecederaan itu memerlukannya menjalani pembedahan di Barcelona.
Pedrosa pada awalnya dilaporkan terpaksa melupakan perlumbaan di Austin dan akan kembali ke Jerez tetapi dia kini akan menyertai rakan sepasukan, Marc Marquez, untuk kembali beraksi di Litar Americas.
Iklan
"Saya berehat selama empat hari selepas saya menanggalkan (pembalut), saya pulih untuk membuat beberapa pergerakan dan melakukan beberapa proses susulan," kata Pedrosa seperti dipetik dalam Motorsport.com.
"Saya tidak betu-betul dapat menguji, sebab itu (latihan pada Sabtu) adalah ujian sebenar. Ia bukan yang terbaik di trek.
"Ini situasi sekarang, itulah sebabnya saya masih perlukan idea esok bagi merasai perasaan sebenar dan cabaran sebenar," katanya.
Must-Watch Video