Skip to main content

Permotoran

MotoGP: Marquez kritik tempoh penalti tekanan tayar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

report-mgp-spr-top-cze.jpg
Pelumba Ducati Lenovo, Marc Marquez akhirnya menyuarakan rasa tidak puas hati tentang peraturan tekanan tayar MotoGP dengan tempoh penalti yang dikenakan oleh penganjur.

Peraturan tersebut telah menyebabkan Marquez terpaksa memperlahankan jenteranya dan secara sengaja melepaskan kedudukan pendahulu dalam saingan pecut di Brno kepada Pedro Acosta.

Ia rentetan daripada amaran di papan pemuka dengan risiko gagal melengkapkan 30 peratus pusingan perlumbaan dengan tekanan tayar melebihi had minimum yang dikenakan.

“Saya setuju dengan peraturan itu, kerana pada akhirnya ia adalah peraturan keselamatan. Memang benar bahawa penalti itu, pada pendapat saya, terlalu berat. Saya rasa ia boleh dikurangkan beberapa saat.

“Bagi saya, kurangkan penalti itu separuh. Seperti empat saat dalam pecut dan lapan saat dalam perlumbaan GP. Itu lebih masuk akal. Sekarang lapan saat dalam pecut dan 16 saat dalam GP adalah penalti yang besar dan lebih baik tunggu pelumba lain,” kata Marquez.

Selain Marquez, Maverick Vinales daripada pasukan Tech3 turut mengalami nasib yang sama ketika beraksi di MotoGP Qatar dengan dikenakan penalti selama 16 saat.

Dalam peraturan yang dikenakan, setiap pelumba yang melanggar syarat tersebut akan dikenakan penalti 16 saat dalam aksi perlumbaan utama MotoGP selain 8 saat bagi perlumbaan acara pecut.

Advertisement

Must Watch Video