Marc Marquez sekali lagi membuktikan kehebatannya di atas litar apabila menjuarai Grand Prix Itali dan terus mengukuhkan kedudukannya di tangga teratas kejuaraan MotoGP musim ini.
Pelumba Sepanyol berusia 32 tahun itu tampil cemerlang di Litar Mugello bermula dengan kemenangan dalam perlumbaan pecut dan turut mencipta sejarah apabila merekodkan petak utama ke-100 dalam kariernya.
Perlumbaan pada ahad bermula dengan penuh dramatik. Sejak selekoh pertama lagi, Marquez, adiknya Alex Marquez, serta pelumba kegemaran tuan rumah, Francesco Bagnaia saling bertukar kedudukan dalam persaingan sengit.
Namun menjelang pusingan kesembilan, Marc Marquez berjaya memintas semula Alex dan mula menjarakkan diri. Dengan tunggangan yang konsisten dan penuh kawalan, beliau mengekalkan pendahuluan hingga ke garisan penamat dan mengibarkan bendera kemenangan di bumi Itali buat kali pertama sejak tahun 2014.
Bagnaia yang menyasarkan kemenangan keempat berturut-turut di tanah air terpaksa berpuas hati di tempat keempat selepas dipintas oleh rakan senegara Fabio Di Giannantonio.
Ini merupakan kemenangan ke-93 Marquez, sama dengan nombor jenteranya.

New milestone unlocked ? 93rd win across all classes for the #93 ?#ItalianGP ?? pic.twitter.com/bACHOJyO4q
— MotoGP™? (@MotoGP) June 22, 2025