Skip to main content

Permotoran

MotoGP: Hafizh hampir pasti beraksi dalam saingan utama

hafizh-syahrin_2.jpg
Mungkinkah kalendar MotoGP 2018 mencatat sejarah baru apabila buat julung kalinya Malaysia akan mempunyai wakil dalam semua kategori utama saingan? 

Menerusi pengumuman rasmi oleh pasukan Yamaha Tech 3 hari ini, Hafizh Syahrin Abdullah kini semakin hampir untuk diikat pasukan yang beraksi dalam kelas MotoGP itu. 

Hafizh bakal diuji dalam sesi ujian musim sejuk di Buriram, Thailand, pada 16 Februari ini di samping pelumba utama, Johan Zarco. 

Penghijrahan Hafizh pula bakal memberi impak buat sukan permotoran negara kerana Malaysia akan menjadi negara Asia kedua selepas Jepun mempunyai wakil di pentas MotoGP. 

"Selepas 2002, iaitu selepas 10 tahun, barulah kitaada wakil dalam saingan MotoGP. 

"Sekarang, kita mempunyai pelumba dalam tiga kategori berbeza.

"Insya-Allah dengan barisan penunggang yang ada, saya berasa sangat bangga kerana dalam Asia ini, negara kita berkembang dengan sangat cepat," kata bekas pelumba negara kategori 250cc, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini. 

Selain Hafizh, terdapat dua lagi pelumba negara yang beraksi dalam Moto2, iaitu Zulfahmi Khairuddin, yang kembali membuat penampilan serta Khairul Idham Pawi bersama pasukan Honda Asia. Adam Norrodin akan membawa cabaran tunggal negara dalam Moto3. 

"Saya sedang menjalani kem latihan di Sepanyol. Kepada penunggang tempatan yang berada di Sepang, teruskan memasang impian. 

"Saya percaya anda adalah pelumba MotoGP negara pada masa akan datang," kata Zulfahmi.
 

Advertisement

Must Watch Video