Skip to main content

Permotoran

MotoGP: Empat mata di Litar Algarve, isyarat awal yang kuat oleh Hakim Danish

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

577822136_1497215819071075_3483383697136414709_n-1280x854.jpg
Hanya kali kedua beraksi dalam perlumbaan sebenar Moto3 bagi siri perlumbaan motosikal paling elit di dunia iaitu MotoGP, keputusan yang diberikan oleh Hakim Danish di Grand Prix  Portugal pada Ahad cukup hebat untuk dilihat sebagai rintisan jalan yang cerah buat pelumba muda negara itu.

Manakan tidak, daripada 24 pelumba yang mungkin sudah bermusim mengharungi cabaran bagi kategori itu, pelumba asal Terengganu itu tidak memerlukan masa yang sebegitu lama untuk memberikan 'hint' awal akan  keberadaanya.

Biarpun kali ini Hakim Danish hanyalah hadir untuk menggantikan pelumba Jepun, Ryusei Yamanaka dalam pasukan FRINSA MT Helmets MSI, namun dia membuktikan bahawa pecutan yang ditawarkan untuk pasukan itu setidaknya mampu memberikan mata.

Dengan menamatkan perlumbaan di tempat ke-12, aksi pelumba berusia 18 tahun itu cukup untuk membina reputasinya di kalangan pelumba lain bahawa nama anak Malaysia tersbut ada kredibiliti dan prospek sekiranya mahu disenaraikan sebagai salah satu ancaman baru bagi musim 2026.

Walau mungkin terlalu awal untuk dirumuskan akan segala aspek, tetapi momentum kesungguhan dan kemampuan yang dipertontonkan itu nampaknya sudah dilaraskan sebegitu baik oleh Hakim Danish dan pasukan bagi menggapai cita-cita mereka selama ini.

Kejayaan 4 mata di Litar Algarve itu pastinya menjadi suntikan semangat buat Hakim Danish untuk mengulangi aksi terbaiknya pada pusingan penutup musim 2025 di GP Valencia minggu depan.

Ia memandangkan rakan sepasukan Hakim Danish, Angel Piqueras menamatkan perlumbaan tersebut di tempat kedua dengan jentera yang sama.

Tidak mustahil seandainya tempoh seminggu yang ada ini dapat digunakan sepenuhnya oleh Hakim Danish untuk lebih 'mesra' dan memahami kemampuan dan kelebihan yang ada pada jentera itu untuk mencatatkan keputusan yang lebih baik berbading GP Portugal.
Motogp

Arai Helmet 100% Original

Arai VZ-Ram RSW Trico menawarkan perlindungan penuh, kestabilan aerodinamik & pengudaraan optimum — kombinasi sempurna untuk setiap penunggang.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video