Bukan pengakhiran seperti yang diinginkan apabila perjalanan CG Esports ditamatkan dengan kekalahan di tangan Selangor Red Giants OG (SRG.OG) dalam grand final MPLMY S16 hujung minggu lalu.
Selepas muncul juara Liga Akademi MLBB (MAL) dan kecemerlangan dalam saingan MPLMY S16 sehingga menempah slot ke Kejohanan Dunia M7 awal tahun depan, mereka gagal menamatkan dominasi SRG.OG, yang muncul juara buat kali keempat berturut-turut.
Akui jurang kualiti amat ketara, termasuk aspek pengalaman pemain, CG bersedia menjadikan kekalahan itu sebagai pengalaman berguna menjelang kempen M7 di Jakarta nanti.
Ketua jurulatih CG, Fikri Aiman, berkata kepada wartawan Astro Arena, Ainul Abd Rouf: "Daripada segi in game, perkara yang paling kami perlu perbaiki ialah powerpick.
"Satu-satunya perkara yang membuat kami kalah ialah mereka memiliki jawapan bagi setiap hero mereka yang kami ban.
"Kami juga ada pool hero kami sendiri tetapi kami masih belum berada di tahap yang sama dengan mereka."