Selangor Red Giants.OG Esports (SRG.OG) dalam proses mencari bakat baru dalam dunia e-sukan setelah mengumumkan program 'The Future Pros Esports Bootcamp' di laman rasmi Instagram mereka hari ini.
Melalui program latihan tersebut, SRG.OG bakal mencari, melatih, sekali gus membangunkan generasi masa hadapan pemain e-sukan di Malaysia.
Jurulatih SRG.OG, Poon Sing, atau lebih dikenali sebagai Ozoraveki menyifatkan dirinya teruja untuk menyaksikan bakat-bakat terpendam dalam dunia Mobile Legends Bang Bang (MLBB) Malaysia.
"Saya sentiasa teruja untuk menyaksikan bakat yang belum diterokai dalam dunia MLBB Malaysia. Saya percaya bahawa membentuk pemikiran dan watak yang betul adalah cara yang paling berkesan untuk membimbing individu-individu ini ke arah merealisasikan potensi sebenar mereka," katanya.
Program itu akan berlangsung sebanyak lima fasa di mana fasa pertama akan bermula pada 23 sehingga 26 Jun. Manakala, fasa terakhir akan dilakukan pada 21 sehingga 24 Julai.