Hari ketiga saingan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2025 terus memperlihatkan kelahiran pelari pecut masa hadapan negara menerusi kehebatan kuartet 100 meter berganti-ganti lelaki dan wanita bawah 18 tahun.
Di sebalik kejayaan kuartet Sabah dan Terengganu yang mengungguli saingan lelaki dan wanita dengan lakaran rekod baru temasya tersirat 1001 cerita di luar trek yang mencuri tumpuan.
Kelebihan kuartet Sabah yang berlatih dengan pendekatan 'high altitude' jadi kunci utama meraih pingat emas dan memadam rekod baru temasya yang dilakukan kedah pada aksi terdahulu.
Kuartet Sabah yang diterajui Mohamad Zaidy Kadir, Airiel Amani Kahar, Carlson Camilus serta Muhammad Muzaffar Shah, mempersembahkan larian terpuji dan berjaya mengekang pecutan saat akhir dari pencabar utama, kuartet Kedah 10 meter terakhir.
Sebelum saingan bermula, perubahan cuaca dari panas terik ke hujan lebat tidak mengganggu fokus pelari Sabah untuk memberikan aksi bertenaga.
Senario itu hasil daripada program latihan yang spesifik bertempat di kedudukan tinggi dari aras laut.
Latihan altitud tinggi merupakan kaedah latihan bertujuan untuk meningkatkan kapasiti oksigen dalam badan atlet.
Meskipun menerima tentangan sengit daripada Kedah, Muzaffar Shah, kekal tenang dan terus pacu kecemerlangan selaku pelari terakhir untuk mengangkat Sabah selaku pemenang pingat emas.
Kejayaan berganda buat Sabah apabila melakar rekod baru temasya dengan catatan 40.89 saat.
"Latihan high altitude banyak membantu kami, kami amat berterima kasih kepada ketua jurulatih (coach Rashidi) yang banyak membantu kami. Terima kasih kepada semua yang menyokong pasukan Sabah."