Penantian skuad menembak negara untuk menyumbang pingat emas berterusan ketika Nur Suryani Mohamed Taibi tidak berhasil dalam saingan 50 meter rifle prone wanita Sukan Komanwel Gold Coast di Pusat Menembak Belmont, sebentar tadi.
Nur Suryani kekal sebagai antara harapan terakhir negara untuk membawakan khabar gembira dalam saingan ini.
Apatah lagi, dia memulakan aksi final dengan positif menerusi catatan 104.4 mata.
Sewaktu saingan terus memuncak, usaha untuk mencabar kedudukan pingat makin mencabar penembak senior itu yang menamatkan saingan di kedudukan ketujuh menerusi catatan 613.9 mata.
"Saya berjuang dari awal sampai habis dengan menggunakan teknik, taktik dan pengalaman selama 20 tahun.
"Dalam tembakan ketiga, arah angin tiba-tiba berubah ketika saya menarik picu lalu mengakibatkan bidikan saya tersasar jauh.
"Alhamdulillah, saya cuba menampung catatan mata itu tetapi tidak cukup bagus untuk meraih medal," katanya.
Saingan itu diungguli Martina Lindsay Veloso (Singapura) menerusi rekod temasya, 621.0 mata, manakala perak milik Tejaswini Sawant (India) manakala atlet Scotland, Seonaid McIntosh, meraih gangsa.
Bagaimanapun, Nur Suryani masih berpeluang mengatasi dukanya dalam satu lagi acara tumpuan, 50m rifle tiga posisi.
"Saya sudah memulakan latihan intensif sejak Januari lalu. Persiapan empat bulan bukanlah tempoh yang mencukupi dan saya akan cuba menjelmakan aksi terbaik esok sambil menggunakan pengalaman luas yang dimiliki," katanya lagi.