Misi penembak negara, Nur Suryani Mohamed Taibi, untuk mempertahankan pingat Sukan Komanwel terkubur apabila gagal ke final acara 10 meter air rifle di Pusat Menembak Belmont, Gold Coast, hari ini.
Nur Suryani menamatkan pusingan kelayakan di tempat ke-11 dengan jumlah bidikan 406.6 mata, sekali gus gagal untuk menempatkan diri dalam final.
Kedudukan itu jelas mengecewakan kerana Nur Suryani hadir dengan misi memperbaiki pencapaian pingat gangsa acara sama yang diraihnya di Glasgow empat tahun lalu.
Dia mengakui kurangnya persediaan daripada segi mental memberi kesan kepada aksinya selain peningkatan prestasi pencabar seperti India dan Singapura untuk menafikan tempatnya dalam final edisi ini.
"Saya berjaya menguasai keadaan dan berjuang sampai akhir. Saya sudah letakkan usaha, cuma rezeki belum ada lagi," katanya.
Bagaimanapun, Nur Suryani -- yang beraksi dalam Sukan Komanwel keempatnya -- masih berpeluang menebus kecewa apabila turun beraksi dalam acara rifle 3 posisi dan prone nanti.
"Prestasi semakin baik dan menyerlah. Ada ketika saya berusaha tetapi seperti orang cakap, rezeki belum sampai lagi. Saya akan berusaha dengan lebih gigih lagi," katanya lagi.
Emas acara itu dimenangi Martina Lindsay Veloso dari Singapura, perak Mehuli Ghosh (India) dan gangsa Apurvi Chandela (India).