Skip to main content

Sukan Asia

Menembak: Jurang satu mata buat Lutfi kecewa

lutfi.jpg
Kekecewaan yang sukar untuk ditafsirkan buat atlet menembak kebangsaan, Mohamad Lutfi Othman, apabila terpaksa menelan realiti kekurangan satu mata untuk layak ke final acara 50 meter rifle tiga posisi.

Aksi pada hari ini merupakan peluang terakhir Lutfi untuk memburu pingat buat Malaysia ketika masih belum ada satu wakil yang layak ke final selepas tiga hari saingan.
 
Bayangan dia mampu ke final dicetuskan apabila berada dalam kelompok lapan terbaik selepas posisi melutut dan meniarap.

Atas dasar itu, Lutfi seakan-akan tidak percaya tatkala pemisah di antara dia dan kedudukan ke-10 kelayakan untuk meraih tiket ke final begitu tipis.

"Saya boleh katakan hari ini tiada tuah buat saya. 

"Keadaan saya cukup baik, saya bersabar dengan keadaan angin yang tidak menentu. 

"Tiada magis yang menjelma tetapi persembahan saya konsisten. 

"Saya akan ingat peristiwa terlepas ke final dengan satu mata sampai bila-bila," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video