Berada dalam Program Podium tidak menjadi tekanan buat penembak negara, Johnathan Wong, biarpun ia membawa kepada aksi hambar dalam final 10 meter air pistol Sukan Komanwel Gold Coast, hari ini.
Johnathan sedar tugas berat digalas atlet Program Podium yang perlu mempamerkan aksi cemerlang dalam Sukan Komanwel 2018 tetapi sebaliknya berlaku apabila dia meraih tempat tercorot dalam aksi final.
Bagaimanapun, itu bukan berpunca daripada tekanan kerana selaku satu-satunya wakil Program Podium daripada sukan menembak, dia positif untuk memperbaiki kelemahan dalam acara terakhir, 50 meter pistol, esok.
"Sebenarnya, saya tidak berasakannya sebagai masalah utama tetapi saya bergelut untuk mendapatkan rentak sebenar walaupun tidak begitu gementar. Jadi, itu aspek utama sebenarnya.
"Diharapkan saya dapat melakukan lebih baik dalam acara 50m," katanya.
Selepas dua hari saringan, skuad menembak masih gagal menyerlah dan mereka perlu meningkatkan usaha jika enggan pulang dengan tangan kosong.
"Setiap kekalahan akan kami susuli dengan semakan semula mengenai segala kekurangan.
"Daripada pihak jurulatih, dia berpuas hati dengan persembahan tadi selepas saya berusaha sehingga ke akhir saingan.
"Jurulatih juga mengakui bukan rezeki saya pada hari ini," ujar seorang lagi penembak negara, Nur Suryani Mohamed Taibi, yang terlepas mempertahankan pingat gangsa acara 10m air rifle.