Harapan untuk menyaksikan penembak negara, Johnathan Wong, menyumbangkan pingat tidak berhasil apabila tewas dalam aksi final acara 10 meter air pistol Sukan Komanwel Gold Coast, sebentar tadi.
Johnathan, yang merupakan bekas juara Asia, gagal untuk memberikan aksi menarik dalam pusingan akhir.
Selepas aksi membanggakan dalam pusingan kelayakan, harapan diletakkan pada Johnathan untuk menambah koleksi pingat buat negara.
Malangnya, dia gagal untuk melakukannya apabila menjadi penembak pertama tersingkir dalam pusingan akhir itu apabila sekadar mencatatkan 112 mata.
Selepas melakukan 10.3 mata dalam tembakan pertama, Johnathan gagal meneruskan momentum itu apabila melakukan 9.7 mata untuk keseluruhan 112 mata.
Ia sekali gus pengakhiran yang mengecewakan buat Johnathan, juara Sukan SEA lalu yang menjadi antara sandaran utama untuk menyumbangkan pingat buat negara.
"Saya berhempas-pulas untuk mendapatkan rentak. Ia sangat teruk. Apa-apa pun, saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong saya.
"Terima kasih kepada pegawai yang datang ke sini dan rakyat Malaysia yang menonton. Saya mohon maaf dengan persembahan tadi," katanya.
Emas dimenangi penembak India, Jitu Rai, dengan catatan rekod Sukan Komanwel 235.1 mata, mengatasi penembak Australia, Kerry Bell, di tempat kedua.