Penembak negara, Johnathan Wong, bertanggungjawab sepenuhnya atas kegagalannya meraih sebarang pingat dalam Sukan Komanwel Gold Coast 2018.
Menyedari tugas berat selaku atlet Program Podium yang perlu mencipta kejayaan, Johnathan tanpa berselindung mengakui perlu bertanggungjawab sepenuhnya kerana telah berusaha sehabis baik sepanjang saingan.
Johnathan menamatkan acara terakhirnya dalam final 50 meter pistol di tangga ketujuh dengan bidikan 126 mata.
Pencapaian tempat ketujuh itu lebih baik daripada bidikan Johnathan dalam acara kegemarannya, 10m pistol, yang menyaksikannya sekadar di tempat kelapan keseluruhaan.
"Saya tidak dapat berbuat apa-apa dan telah cuba yang terbaik. Ini bukan hari yang bertuah buat saya tetapi apa sahaja keputusan yang dilakukan selepas ini, saya akan turuti," kata Johnathan.
Mengimbas bidikannya dalam final 50m, Johnathan mengakui kecekapan penembak lain dari India, Bangladesh dan tuan rumah, Australia, menutup peluangnya sambil turut diganggu tiupan angin yang kuat.
"Saya bergelut untuk mendapatkan rentak sebenar tetapi selepas itu mula mengawalnya. Ketika itu, pesaing lain tampil lebih baik. Saingan ini agak bagus buat saya," tambahnya.