Penembak negara, Ezuan Nasir Khan, kecewa hajatnya menebus kehampaan empat tahun lalu tidak kesampaian susulan gagal mara ke final acara 10 meter air rifle lelaki dalam Sukan Komanwel Gold Coast, semalam.
Ezuan turun beraksi di Pusat Menembak Belmont di Brisbane dengan misi menebus kegagalan memenangi pingat di Glasgow empat tahun lalu.
Dalam temasya 2014 itu, dia mara ke final, namun sekadar menamatkan saingan di tempat keenam.
Cabaran kali ini menyaksikan Ezuan terus menanggung hampa setelah menduduki tempat kesembilan peringkat kelayakan dengan bidikan 614.6 mata.
"Tidak dapat masuk final memang agak kecewa. Saya sudah melakukan yang terbaik dan berjuang sehingga bidikan terakhir. Cuma permulaan agak goyang sedikit," katanya.
Harapan Ezuan kini ialah untuk meraih pingat dalam acara kegemarannya, 50 meter prone, esok.
Turut gagal ke final ialah penembak wanita negara, Bibiana Ng, yang sekadar menamatkan saingan kelayakan di tempat ke-11 dengan bidikan 370 mata.
Enggan memberi reaksi lanjut, dia selepas ini akan beraksi dalam acara 25 meter air pistol bersama Alia Sazana Azahari.