Skip to main content

Sukan Asia

Menembak: Bibiana bangga dengan pencapaian Alia

bibiana10418.jpg
Penembak negara, Bibiana Ng Pei Chin, berbangga dengan pencapaian rakan senegara, Alia Sazana Azahari, yang berjaya menghadiahkan gangsa buat negara menerusi acara pistol 25 meter dalam Sukan Komanwel Gold Coast, hari ini.

Dia akur prestasinya dalam temasya kali ini mendedahkan banyak kelemahan yang perlu diperbaiki.

Penembak berusia 40 tahun itu gagal menampilkan aksi cemerlang apabila terkeluar daripada pusingan kedua penyingkiran final.

Bibiana juga mengalami sakit perut sejak hari pertama saingan akibat masalah pemakanan yang menjejaskan tahap kecergasannya.

"Ketika tiba di sini, saya ada demam sedikit. Itu sebabnya saya tidak boleh ditemubual atau bercakap banyak.

"Tetapi saya pulih hari ini. Pun begitu, hari ini saya tidak boleh melakukan dengan baik," kata Bibiana.

Penembak India, Heena Sidhu, meraih emas selepas membaharui rekod temasya dengan 38 mata untuk mengatasi penembak tuan rumah, Elena Galiabovitch, dengan kelebihan tiga mata.

Ia diikuti Alia yang meraih gangsa dengan jumlah 26 mata. 

Advertisement

Must Watch Video