Skip to main content

Sukan Asia

Menembak: Benjamin, Abraham bergelut dalam cuaca berangin

benjamin-khor_1.jpg
Penembak double trap negara, Benjamin Cheng Jie Khor dan Abraham Ng Wei Jin, gagal mara ke final acara berkenaan dalam Sukan Komanwel Gold Coast di Pusat Menembak Belmont, hari ini.

Benjamin dan Abraham masing-masing menamatkan saingan di tempat ke-15 dan 16 dalam pusingan kelayakan. 

Benjamin mengumpul 119 mata secara keseluruhan setelah gagal mendapat rentak ekoran keadaan angin yang menjejaskan aksinya. 

Dia, yang membuat penampilan kedua di pentas Sukan Komanwel, mengakui segala-galanya seakan-akan tidak menjadi, lantaran itu kecewa tidak dapat ke final.

"Hari ini, keadaan sedikit sukar kerana situasi angin membuatkan persembahan kurang baik dan teknik saya tidak begitu memuaskan. 

"Saya harus cuba untuk mendapatkan kembali rentak dan mengenal pasti segala kekurangan," kata Benjamin. 

Abraham pula mahu melupakan kemunculan sulung dalam Sukan Komanwel apabila hanya mengumpul 117 mata. 

"Sangat sukar buat penembak Malaysia apabila angin kuat datang dan hujan renyai-renyai. 

"Kami terpaksa membiasakan diri dengan keadaan yang berbeza," tambah Abraham.
 

Advertisement

Must Watch Video