Skip to main content

Sukan Asia

Menembak: Alia hadiahkan gangsa

alia-shazana.jpg
Penembak negara, Alia Shazana Azhari, mempamerkan aksi penuh ketenangan untuk menyumbang pingat gangsa dalam acara 25 meter pistol Sukan Komanwel Gold Coast, sebentar tadi. 

Selepas aksi hambar pasukan menembak negara di Lapang Sasar Belmont semalam, akhirnya gangsa dijelmakan Alia. 

Alia yang menempatkan diri dalam kelompok lapan penembak terbaik, mempamerkan ketenangan dan kesabaran untuk memastikan sentiasa berada dalam tiga penembak terbaik dalam saingan penyingkiran. 

Dengan satu persatu penembak disingkirkan, Alia terus mempamerkan tembakan konsisten bagi memastikan gangsa miliknya dengan jumlah 26 mata. 

Dia terpaksa akur kepada penembak India, Heena Sidhu, yang meraih emas selepas memperbaharui rekod temasya dengan 38 mata untuk mengatasi penembak tuan rumah, Elena Galiabovitch dengan kelebihan tiga mata. 

"Pingat ini amat penting buat saya," kata Alia yang menambah, "Kejayaan ini ditujukan kepada ibu saya yang menyambut hari jadi tiga hari lalu dan bapa, bulan depan. 

"Selepas saya jatuh sakit tahun lalu, saya hanya ada tiga bulan untuk membuat persiapan."

Kemenangan itu menebus kehampaan Alia empat tahun lalu di Glasgow apabila dia sekadar meraih tempat keempat. 

Harapan untuk menyaksikan seorang lagi penembak wanita negara, Bibiana Ng, dalam kelompik pingat tidak kesampaian apabila terkeluar daripada pusingan kedua penyingkiran final. 

"Saya tahu pencabar-pencabar yang dihadapi adalah hebat-hebat belaka. Apa pun, saya berpesan kepada diri sendiri supaya melakukan yang terbaik tanpa menghiraukan apa-apa," kata Alia lagi.

Advertisement

Must Watch Video