Novak Djokovic mempamerkan aksi memukau ketika berdepan Juan Martin Del Potro untuk mengesahkan kejuaraan ketiga Terbuka Amerika Syarikat menerusi kemenangan 6-3, 7-6 (7-4), 6-3, sekali gus menyamai rekod 14 grand slam milik legenda, Pete Sampras.
Susulan episod kecederaan dan masalah peribadi yang menyaksikan Djokovic mengharungi tempoh dua tahun tanpa sebarang kejuaraan grand slam sejak memenangi Terbuka Perancis pada 2016, namun dia bangkit ke prestasi terbaik dalam Wimbledon, Julai lalu, dan sekali lagi menunjukkan persembahan sama di Flushing Meadows untuk menjulang trofi kedua.
Finalis lapan kali di New York itu pernah mengungguli saingan Terbuka Amerika Syarikat pada 2011 dan 2015 dan bintang Serbia itu mempamerkan usaha gigih walaupun Del potro cuba bangkit dalam set kedua dan ketiga.
Djokovic jelas lebih unggul apabila menggunakan kudrat yang ada untuk mematikan dua senjata utama lawan -- pukulan servis dan silang -- sehingga menjadi kunci kepada kemenangan yang dicatat dalam masa 3 jam 16 minit.
Del Potro, juara edisi 2009, yang kembali untuk mendapatkan kejuaraan grand slam kedua selepas berdepan risiko dalam karier akibat masalah pergelangan tangan sebelum ini, memberikan cabaran getir buat lawannya tetapi Djokovic bijak menyerap setiap asakan daripada jaguh Argentina itu.
Djokovic kini bersedia untuk naik ke tangga ketiga ranking dunia di belakang Rafael Nadal dan Roger Federer tatkala hanya kedua-dua bintang itu yang meraih lebih banyak gelaran grand slam, namun cukup untuk membuktikan bahawa dia pemain terbaik dunia ketika ini.
Del Potro tampak penuh emosi menitiskan air mata di penghujung aksi tetapi pemain berusia 29 tahun itu seharusnya berbangga dengan pencapaian yang dilalui di Big Apple.
Dua puluh empat jam sebelum itu, Serena Williams bertegang urat dengan pengadil, Carlos Ramos, tatkala bintang Amerika Syarikat itu mengecam pihak penganjur kerana melakukan diskriminasi terhadap jantina sehingga mengaburi kejayaan Naomi Osaka di pentas final bagi kategori wanita.
Melihat kepada persekitaran yang positif, saingan di Stadium Arthur Ashe menyaksikan pertembungan antara dua rakan baik.
Segalanya tampak buruk buat Del Potro apabila Djokovic mengawal permainan sejak awal, melakukan gerakan hebat dan mendapatkan mata dengan teknik pukulan yang berkesan.
Pukulan silang Del Potro merupakan salah satu senjata utama yang dikenali dalam sukan tenis tetapi ia serba tidak menjadi dalam set pertama, membolehkan Djokovic menamatkan saingan pada permainan kelapan selepas melalui 22 rally untuk mengesahkan kemenangan pertama.
Momentum terus memihak Djokovic apabila pukulan silang Del Potro terus gagal dilakukan dengan sempurna ketika awal set kedua.
Bagaimanapun, pemain bukan pilihan itu mempamerkan kebangkitan hasil daripada sokongan padu penonton apabila memadamkan kecemerlangan Djokovic untuk kembali mengikat kedudukan.
Berbalas servis dan mata sehingga banyak melibatkan campur tangan pengadil, Alison Hughes, Djokovic yang terlepas kejohanan edisi tahun lalu akibat kecederaan siku jelas lebih bijak menggunakan muslihat.
Dia menggunakan masa yang lebih panjang untuk melakukan servis tetapi kedudukan terikat 4-4 dengan penuh dramatik dalam masa 20 minit.
Djokovic terpaksa bekerja keras untuk menafikan asakan Del Potro dan ia memberikan hasil apabila pukulan silang Del Potro sekali lagi terkandas pada detik yang sukar.
Sebagai pujian, Del Potro cuba untuk memulihkan prestasi dalam set ketiga tetapi Djokovic jelas lebih bagus untuk menamatkan perlawanan dengan pukulan smash, sebelum berbaring di atas gelanggang meraikan kemenangan.