Jurulatih compound negara, Zulfadhli Ruslan, mengakui prestasi yang ditampilkan pasukan kendaliannya di Kejohanan Memanah Piala Asia Singapura perlu diberikan pujian.
Namun secara keseluruhannya, dia tetap menyifatkan prestasi atlet dalam kedua-dua acara iaitu compoun dan recurve dilihat seimbang.
Ia susulan pungutan mata cemerlang yang diraih skuad recurve wanita negara di kejohanan itu selain kejayaan Ariana Nur Diana yang memecahkan rekod kebangsaan miliknya.
Dengan Kejohanan Piala Dunia keempat yang bakal membuka tirai bermula 8 Julai di Madrid, Sepanyol, fokus Zulfadhli lebih terarah untuk menggilap potensi gandingan baru atlet compound lelaki dibarisi Mohd Juwaidi Marzuki, Alang Ariff Aqil Muhammad Ghazzali dan Muhammad Aiman Syafiq Mohd ariki.
encapaian trio negara itu meraih gangsa di Singapura merupakan satu perkembangan positif dengan Zulfadhli mengharapkan pengalaman yang diraihnya itu mampu membantu mereka mempamerkan aksi konsisten di Sepanyol nanti.
"Untuk di Sepanyol saya tidak letakkan sasaran pingat, tetapi ia bonus jika dapat. Cuma sekarang banyak fokus kepada pasukan lelaki dan campuran kerana mereka akan bersaing di Sukan Olimpik 2028.
"Kami cuba sasarkan pasukan campuran dalam kelompok 10 terbaik dunia, sekarang nombor 12. Pasukan campuran berada di landasan tepat.
"Kami masih mencuba untuk lakukan yang terbaik," katanya.
13 hari sebelum kejohanan itu membuka tirai, atlet compound negara, Alang Ariff Aqil, komited mampu memberikan prestasi terbaik dan berganggapan persiapan dia bersama rakan seperjuangan kini sudah 70% lengkap.
"Untuk kelayakan memang saya sasarkan lebih daripada standard saya iatu 705 ke atas, kemudian dalam individu sasaran pingat bukan tiada cuma kami tahu standard saya. Kami akan cuba sehabis baik mara ke suku akhir." tambahnya.