Siapa sangka cuaca buruk yang disusuli hujan lebat dan petir hingga menyebabkan pentas final acara compound ditangguhkan adalah satu petanda ada sinar pelangi selepas hujan?
Dan siapa sangka juga, skuad memanah compound wanita negara yang beraksi sebagai 'underdog' dalam Kejohanan Piala Asia 2025 di Singapura mampu untuk menewaskan India menerusi penentuan shoot-off bagi memastikan pingat emas menjadi milik Malaysia.
Trio negara yang dibarisi Fatin Nurfatehah Mat Salleh, Saritha Cham Nong dan Ng Sui Kim mengejutkan gergasi Asia itu dengan mencatatkan 29 mata membezakan tiga mata di hadapan menerusi penentuan shoot off selepas terikat 232-232 dalam empat pusingan.
Jurulatih compound negara, Zulfadhli Ruslan, menyifatkan kejayaan itu sebagai satu kejutan besar buat dirinya yang mengakui sasaran ke final dianggap sebagai bonus seandainya mampu diraih memandangkan misi utamanya adalah untuk menjadikan kejohanan itu sebagai medan menimba pengalaman.
Tetapi tiada tekanan diletakkan buat kendaliannya kerana percaya laluan yang disajikan oleh pasukan pilihan itu pastinya mampu menggugat prestasi kem negara.
"Apabila sampai ke final, semuanya sudah lain termasuk corak memanah, lonjakan adrenalin dan persekitarannya.
"Pentas gelanggang final juga berbeza," kata jurulatih negara, Zulfadhli Ruslan, kepada Nadi Arena sebentar tadi.