Ketua jurulatih memanah negara, Lee Jae-hyun, merangka strategi khas membawa skuad negara menjalani latihan bersama bekas juara dunia dan Olimpik di Ansan, Korea Selatan dalam misi meraih pingat emas pertama dalam Sukan Asia, bulan depan.
Pemanah recurve lelaki yang diketuai Khairul Anuar Mohamad memiliki peluang terbaik menukar kilauan perak empat tahun lalu kepada emas di Indonesia.
Empat pemanah akan berlatih bersama bekas juara dunia dan Olimpik seperti Lee Seung-yun dan Lee Chang-hwan yang mendominasi saingan antarabangsa sejak 10 tahun lalu.
"Kami akan berlatih selama tiga minggu dan menjalani perlawanan ujian bagi membiasakan diri dengan situasi sebenar," kata Jae-hyun.
Skuad recurve menyumbang perak menerusi acara berpasukan lelaki di Incheon, Korea Selatan, empat tahun lalu.
Sesi latihan skuad negara di Bukit Jalil turut menyaksikan pemanah compound menjalani sesi latihan pertama sejak tamat Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
Cabaran buat mereka lebih sukar tanpa jurulatih sejak Mohd Zaki Mahazan menerima tawaran mengendalikan skuad Kedah menghadapi Sukan Malaysia (Sukma).
"Kami memberikan tumpuan untuk aspek teknikal sebelum saingan Sukan Asia bermula," kata pemanah compound negara, Juwaidi Mazuki.