TINJU
McGregor akan menang dalam tempoh 35 saat -- Fury
Bekas juara dunia tinju, Tyson Fury, memberi sokongan sepenuhnya kepada Conor McGregor untuk menewaskan Floyd Mayweather Jr dalam tempoh 35 saat apabila kedua-dua jaguh bertarung, 26 Ogos ini.
Bintang UFC, McGregor, akan meninggalkan gelanggang oktagon bagi menghadapi jaguh tinju, Mayweather.
Mayweather bakal kembali daripada persaraan dalam mencari kemenangan ke-50 berturut-turut dan dilihat sebagai pilihan utama, namun Fury percaya McGregor akan menumbangkan petinju berusia 40 tahun itu.
Iklan
"Saya rasa McGregor akan menewaskannya dalam tempoh 35 saat sepertimana yang dia lakukan kepada Jose Aldo," kata Fury kepada IFL TV.
"Saya rasa McGregor hanya memerlukan satu pusingan untuk menang.
"Ayuh McGregor!
"Ia akan menjadi petanda baik buat sukan tinju andai McGregor menang."
Pertarungan dua jaguh dengan latar belakang berbeza itu mendapat reaksi yang pelbagai, namun Fury sempat melawak dan berkata:"Saya akan menghubungi Hulk Hogan selepas ini.
"Kami akan bertarung -- saya dan Hulk."
Must-Watch Video