SUKAN LAIN
Mazlan: KBS perlu rujuk Akta ISN
Pemerhati sukan negara, Datuk Wira Mazlan Ahmad, meminta Kementerian Belia dan Sukan (KBS) merujuk kepada Akta Institut Sukan Negara (ISN) yang menetapkan tugas utama badan itu bukanlah untuk mengendalikan atlet berprestasi tinggi seperti Program Podium.
Akta ISN 2011 menerangkan fungsi badan itu ialah untuk mempertingkatkan prestasi atlet negara.
Sepuluh perkara dalam fungsi ISN antaranya mengenal pasti atlet berpotensi untuk mencapai kecemerlangan dalam sukan.
Iklan
Tugas utama ISN ialah menyediakan aspek sains, perubatan dan pengurusan sukan untuk memaksimumkan prestasi atlet negara.
Malah, ISN kurang berpengalaman mengendalikan program berprestasi tinggi seperti Program Podium yang menelan kos jutaan ringgit sejak dilancarkan pada 2016.
"Saya menganggapnya sesuatu yang janggal setelah aksi di Gold Coast berlalu, Program Podium ini mahu diteruskan bersama Institut Sukan Negara (ISN).
"Lebih logik, program ini dipindahkan ke MSN. Mereka lebih tahu, mahir dan berpengalaman kerana memiliki pegawai tetap, tidak perlu kita ambil pegawai kontrak dari luar negara," kata Mazlan.
Program Podium gagal ujian pertamanya dalam Sukan Komanwel Gold Coast yang berakhir Ahad lalu apabila Malaysia menamatkan cabaran di tangga ke-12 keseluruhan.
Sasaran yang telah ditetapkan adalah untuk mengakhiri saingan dalam kelompok 10 negara terbaik -- misi sama dalamSukan Asia Jakarta-Palembang, 18 Ogos-2September depan.
Must-Watch Video