Pemain tonggak pasukan Maybank, Hafifihafiz Hanafi dan Mohamad Ridhuan Nasir, menjadikan kekalahan dalam aksi final Piala Tan Sri P. Alagendra sebagai pemangkin semangat untuk berdepan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam saingan Liga Hoki Malaysia (LHM), esok.
Maybank kempunan untuk meraih kejuaraan awal selepas tewas 5-3 kepada Pasukan Hoki Terengganu (THT) dalam perlawanan akhir kejohanan itu di Stadum Tun Razak, minggu lalu.
Kekalahan itu tampak meragut keyakinan pemain Maybank untuk meneruskan momentum cemerlang dalam kempen liga bertemu TNB di laman sendiri.
Namun, tanggapan sebaliknya disuarakan Riduan dan Hafifihafiz apabila bertekad untuk memastikan kemenangan milik Maybank.
"Sudah tentu kami mahukan kemenangan dalam perlawanan menentang TNB esok sebab sasaran kami mahu pergi jauh daripada tahun lalu. Dalam setiap perlawanan, sasaran kami mahu mengutip tiga mata penuh," kata Hafifihafiz.
Ridhuan pula berkata: "Selepas beraksi dalam final, motivasi kami meningkat naik untuk meraih sesuatu pada tahun ini."
Tidak memandang rendah keupayaan TNB, Hafifihafiz mengakui perlu memainkan peranan penting sebagai pencetak jaringan buat Maybank.
"Apa yang kami lihat dalam perlawanan, kami mempunyai lebih peluang (menang) daripada segi pemain.
"Saya harap kesilapan dapat dikurangkan esok dan mencari peluang untuk menjaringkan gol," tambahnya.