Maybank melaungkan amaran untuk menamatkan kemarau 22 tahun tanpa sebarang kejuaraan Liga Hoki Malaysia (LHM) apabila berjaya memancing enam pemain import yang diketuai pemain tengah kebangsaan Australia, Jeremy Edwards, menjelang pusingan pertama Piala Tan Sri P Alagendra, Jumaat ini.
Antara enam pemain import Maybank, kelibat Edwards dan bekas pakar sudut penalti Korea Selatan, Nam Hyun Woo, menjadi tumpuan.
Kehadiran mereka dijangka mampu melonjakkan reputasi Maybank selepas hanya menamatkan cabaran liga musim lalu di tangga keempat.
Lebih penting, Maybank mahu menamatkan kemarau trofi selepas kali terakhir menjuarai liga pada 1995.
"Saya tidak sabar untuk beraksi di Malaysia.
"Sudah tentu suasana di sini agak mencabar buat saya. Namun, pegawai serta barisan kejurulatihan banyak membantu saya.
"Saya teruja untuk beraksi dalam kancah liga yang amat sengit ini dan saya yakin saingan liga musim ini akan menjadi aksi paling getir," kata Edwards.
Maybank akan berdepan UPM-KPT dalam pusingan pertama Piala Tan Sri P. Alagendra di Stadium Hoki Kuala Lumpur, Jumaat ini.
Mereka dijangka tiada masalah untuk mara ke pusingan kedua.
"Saya menitikberatkan pemain yang boleh bermain sebagai sebuah pasukan.
"Pemain Korea sememangnya kita kenali dengan ketahanan fizikal, pemain Australia pula dari segi ketahanan mental dan boleh meningkatkan permainan pasukan Maybank," kata jurulatih Maybank, Shaiful Azli Abd Rahman.