Skip to main content

Permotoran

Marquez rosakkan MotoGP -- Rossi

valentinorossi.jpg
Bintang Yamaha, Valentino Rossi, menyelar Marc Marquez di atas tunggangan berbahayanya dalam Grand Prix Argentina serta menyifatkan perlakuannya "memusnahkan MotoGP".

Rossi berang apabila dia terjatuh akibat jenteranya dilanggar oleh Marquez, yang berpusu ke kem Yamaha dan cuba memohon maaf kepada juara dunia tujuh kali itu dalam perlumbaan berakhir.

Cal Crutchlow muncul juara di Argentina, bagaimanapun saingan kali ini dicemari dengan aksi liar Marquez.

Bermula daripada petak ke-19 menyaksikan Marquez bersungguh-sungguh mengejar kedudukan untuk memperoleh mata.

Aksi liarnya menyaksikan dia didenda 30 saat kerana melanggar Rossi yang terjatuh dan gagal menamatkan perlumbaan.

Bercakap kepada media selepas perlumbaan, Rossi, yang menamatkan perlumbaan di tangga ke-19, menyuarakan kekesalannya terhadap perbuatan Marquez.

"Saya tidak menghadapi sebarang masalah tetapi ini merupakan satu situasi yang kurang baik. Jika anda mengambil insiden minggu ini sebagai satu contoh, ia boleh berlaku kepada sesiapa. 

"Anda boleh melakukan kesilapan ketika menekan brek, anda boleh tersentuh orang lain dan menyebabkan kemalangan," kata Rossi.

"Sejak Jumaat lagi, Marquez melakukan perkara yang sama kepada Maverick Vinales, Andrea Dovizioso, saya dan hari ini, dia melakukan kepada empat pelumba dalam masa serentak.

"Jika anda memulakan perlumbaan sebegini, anda meningkatkan lagi darjah bahaya sukan ini. Jika semua penunggang melakukan perkara yang sama, ia akan menjadi satu sukan yang sangat bahaya dan boleh berakhir dengan cara yang paling tidak elok.

"Ia sangat berbahaya dan saya berharap apa yang telah saya beritahu kepada pengarah perlumbaan, Mike Webb, akan memastikan mereka mengambil tanggungjawab di atas perlakuan ini. Mereka perlu melakukan sesuatu.

"Saya takut berada di atas liar ketika bersama Marquez. Saya takut hari ini kerana namanya tersenarai untuk perlumbaan ini. Saya bukan pengarah pelumbaan ini -- mereka akan membuat keputusan tetapi Marquez sedang merosakkan sukan ini kerana ketika anda sedang menunggang jentera berkelajuan 300km sejam, anda perlu menghormati pesaing lain."

Advertisement

Must Watch Video