Chef-de-mission kontinjen negara ke Sukan SEA Kuala Lumpur, Datuk Marina Chin, yakin skuad bola tampar negara mampu menamatkan kemarau pingat 16 tahun selepas kali terakhir meraihnya pada 2001.
Berbaki enam bulan sebelum temasya itu bermula, Marina memuji kontinjen negara dalam mempersiapkan diri meskipun telah berdepan pelbagai isu, termasuk penularan wabak denggi baru-baru ini.
Ini menunjukkan kematangan atlet dalam berdepan situasi tertentu dan tidak terkecuali skuad bola tampar yang bekerja keras dalam merealisasikan pungutan pingat tidak mengira warna kali ini.
Marina yang ditemui dalam sesi lawatan ke venue latihan skuad itu turut memuji kesanggupan pemain muda untuk menangguhkan sesi pengajan demi Sukan SEA, 19-31 Ogos ini.
"Pasukan bola tampar yang saya lawati hari ini adalah satu skuad yang muda dan ada bekas pelajar saya di dalamnya. Saya nampak semangat mereka sangat tinggi.
"Walaupun muda dan kurang pengalaman, mereka begitu komited dan saya yakin mereka mampu menunjukkan prestasi yang baik dalam Sukan SEA nanti," katanya.
Jurulatihnya, Tay Yeu Siong, tidak menganggap ia satu beban untuk melatih hampir keseluruhan pemain muda yang dipertaruhkan kerana positif anak buahnya mempunyai magis tersendiri untuk beraksi.
"Jika keadaan kewangan membenarkan, kami akan menjalani latihan di Taiwan. Ia kerana Taiwan (dalam bola tampar) berada di tahap lebih tinggi berbanding negara-negara Asia Tenggara. Jika tiada yang menghalang, kami akan berada di sana selama sebulan," katanya.