Skip to main content

Advertisement

Sukan Lain

Marina bangga dengan pencapaian Zaidatul

marina-chin.jpg
Chef-de-mission (CDM) kontinjen negara ke Sukan SEA Kuala Lumpur, Datuk Marina Chin, bangga dengan pencapaian yang ditampilkan bukan sahaja oleh Zaidatul Husniah Zulkifli, malah semua pelari pecut negara yang beraksi dalam Kejohanan ASA Speed Series 2, Bloemfontein, Afrika Selatan, ketika ini.

Katanya, bukan mudah untuk pelari pecut wanita memperbaharui rekod kebangsaan 24 tahun milik G. Shanti dan ia membuktikan atlet olahraga kini berada di landasan betul bagi menghadiahkan pingat emas dalam Sukan SEA, 19-31 Ogos ini.

"Saya sangat-sangat gembira. Ia mengenai masa," katanya. "Saya rasa sudah lama kita tidak nampak pelari wanita Malaysia mencatatkan masa di bawah 12 saat.

"Sekarang ini, kita mempunyai empat pelari yang mampu melakukan larian di bawah 12 saat. Saya sangat-sangat gembira."

Zaidatul, 24, membuktikan dirinya adalah wanita terpantas di Malaysia apabila memecahkan rekod kebangsaan acara 100 meter yang berusia 24 tahun dalam kejohanan itu, awal pagi tadi. 

Atlet dari Pulau Pinang itu mencatat kepantasan 11.45s untuk memadamkan rekod lama 11.50s milik G Shanti yang dilakukannya dalam Pra-Sukan SEA di Kuala Lumpur pada 7 Mei 1993.

Bagaimanapun, Zaidatul Husniah sekadar menamatkan saingan di tempat kedua dalam aksi final Kumpulan B itu dengan acara berkenaan diungguli atlet tuan rumah, Tamzin Thomas, yang mewakili University of Western Cape manakala tempat ketiga diraih Tsaone Sebele dari University of Johanesburg. 

Sabtu lalu, Zaidatul sudah memecahkan rekod kebangsaan yang sudah lama bertahan itu, tetapi catatan 11.36s yang dicipta dalam Kejohanan AGN League 7, Pretoria, Afrika Selatan itu tidak diiktiraf kerana mendapat bantuan angin.

Advertisement

Must Watch Video