Pemain ragbi kebangsaan, Marc Le, tiada masalah membentuk persefahaman bersama rakan sepasukan yang lain meskipun hanya menyertai kem latihan pusat bagi menghadapi Kejohanan Perdana Asia 2018 pada Februari lalu.
Kelibat Marc dalam pasukan bakal mengukuhkan lagi skuad 15's negara untuk pertemuan menentang Korea Selatan pada 28 April ini, disusuli dengan aksi kedua berdepan Hong Kong seminggu kemudian.
Walaupun tidak bersama skuad kebangsaan sejak dari fasa pertama latihan, dia menganggap sudah serasi dengan rakan sepasukan kerana sebahagian besar pemain adalah daripada skuad yang menjuarai saingan Divisyen 1 tahun lalu.
Malah, pemain berusia 31 itu juga berasakan kombinasi yang ada kali ini merupakan antara yang terbaik bagi membawa cabaran Malaysia.
"Diharapkan kami mampu mengatasi Korea Selatan dan Hong Kong. Ada beberapa muka-muka baru dalam pasukan dan ia bagus juga apabila kami memiliki pemain baru yang lebih segar. Ia baik untuk pasukan," katanya.
Marc merupakan salah seorang daripada dua pemain profesional dalam skuad negara di samping K. Dhinesvaran yang lebih dikenali sebagai Duke.
Begitupun, skuad negara kehilangan khidmat Duke yang masih menjalani proses pemulihan bersama kelabnya, Yamaha Jubilo, berikutan kecederaan tangan yang dialami Disember tahun lalu.
"Ia satu kehilangan besar bagi kami. Duke menerajui pasukan dan banyak membuat kerja di atas padang.
"Tetapi pemain muda masih ada untuk menampung dan ia bagus untuk ragbi Malaysia. Cuma, kami berasakan kehilangan Duke," katanya lagi.